Taklimat Mini KDB & Advo

20 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan taklimat mini klik dengan bijak dan advokasi di bilik latihan. Kelas ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada pengguna pusat internet yang sering menggunakan internet serta perkhidmatan atas talian. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah ini menjadi sasaran taklimat mini kali ini.

Peserta ini diberikan pendedahan tentang topik-topik terkini seperti kesedaran mengenai Coronavirus iaitu COVID-19, melindungi maklumat peribadi dan e-waste. Sepanjang taklimat berlangsung, peserta banyak bertanyakan tentang kefahaman Coronavirus dan berkongsi bagaimana mereka kerap menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat. Taklimat ini bermula pada jam 2:30 petang hingga 3:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali